Rabu, 29 April 2009

Alamak..peliknya kereta baru F1 toyota ni....

0 ulasan

Isnin, 27 April 2009

Di Langkawi

0 ulasan


Pada 29.12.2008 pertama kali aku & keluarga sampai diLangkawi,,orang lain mungkin dah banyak kali pergi ke sana.Tempatnya kira o.k,ialah sebuah pulau kecil.satu hari kalau pusing pusing dah habis satu pulau kita lawat,di Langkawi aku sewa sebuah kereta proton iswara dengan mengisi minyak rm 30 aje dah cukup perjalanan 3 hari.Tempat penginapan bergantung pada kita,nak yang murah atau mahal.tapi aku sarankan jangan sewa yang mahal-mahal untuk penginapan,sebabnya pada aku,kita kesana untuk apa ?setakat pergi Langkawi duduk dalam bilik tidur jee..baik tak payah !! .Aku parking kereta di kuala kedah,tapi kena hati hati terdapat ramai ulat parking cari makan,suka suka dia mengenakan bayaran parking dah tu mahal melampau, tempat belum tentu selamat.Aku dapat satu tempat cantikkk...punya !ini pun kawan aku bagi tahu,dekat nak sampai ke jeti kuala kedah tu terdapat satu masjid disimpang empat,sebelah masjid ada tempat sewa parking kereta bukan haram punya,ia nya kepunyakan seorang pak cik kat situ,namanya aku dah lupa,sewa murah dari yang lain.tempat selamat, sebab berada dalam kawasan rumah pak cik tu.

0 ulasan

Ahad, 26 April 2009

0 ulasan




Jumaat, 24 April 2009

Aku dan sesuatu...

1 ulasan



Pandu kereta ! kebanyakan orang memang boleh memandu kereta tapi tak semua orang menjadikan ia satu perkerjaan .Pemandu peribadi(driver bos )...itu pekerjaan aku,pernah dengar tak ? ialah..kerja ini tak popular mana pun,dulu kerja ni di manapoli oleh Pak cik-Pak cik yang dah separuh abat umur atau setengah orang panggil pak supir(dalam bahasa indon )tapi kira o.k lah...dah hampir 10 tahun aku dalam bidang ni sekarang zaman dah berubah ! kebanyakannya driver yang aku jumpa kat KL umurnya lebih kurang aku sekitar umur 30-40 tahun percaya tak ! ada dikalang kami adalah dari bekas anggota keselamatan yang hebat dan kalangan driver juga Pak cik(otai) yang dah umur lebih setengah abat masih bekerja,mereka ni sarat dengan pengalaman. 10 tahun dulu kat dia orang ni laa aku timba pengalaman.kerja driver bukannya senang mesti tahu jalan-jalan diK.L dan merata tempat.....nyawa yang kita orang bawak hari-hari dengan kereta tu lagi...harga kereta yang biasa kita control atau jaga dari ratusan ribu hingga jutaan ringgit sebuah kereta !tanggung jawab besar tu..(memang tak mampu kalau nak beli,tapi dapat rasa laa.. macam mana rasa pandu kereta mewah)bayangkan macam mana nak menjaganya setakat cat kereta calar tak pe lagi,takut hilang sebuah kereta.senaag cakap sebelah kaki kita orang dalam lokap laaa..silap je kedalam laa...habis macam mana anak bini kat rumah ? dapat majikan atau bos yang ok boleh tolong tak pe laa..kalau buat tak tahu jee...sebab tu driver ni kena bercampur dengan driver yang lain,nampak macam ada satu grop,bukannya apa,untuk keselamatan kalau duduk seorang seorang dalam kereta lagi bahaya,yang macam ni senang perompak merompak driver dengan kereta sekali !kalau bawa kereta canggih lagi teruk ada yang aku dengar ibu jari hilang kena kerat(guna finger prin)ada dengan driver dibawa sekali, ada kereta mewah tidak menggunakan kunci kereta,sebab sekarag kereta mewah sudah dilengkap macam macam benda yang pelik pelik hanyan driver dan bos sahaja yang tahu. driver bos ni ada macam-macam dari driver vip,driver kerajaan,driver jepun,driver local,driver teksi(dia ni pukul keliling dari bawa bos,bini bos,hanta anak bos ke sekolah dah pergi sana sini tak berhenti, satu hari dalam kereta macam bawa teksi jee ) semua driver bos gaji mereka tidak sama,kita orang harapkan kerja lebih masa(over time) ada kawan kawan aku over time mencecah lebih 200 jam sebulan cuba engkau orang bayangkan macam mana kami berkerja ! ni..haa (tak cukup tidur )kadang kala rasa biji mata ni nak ter keluar rasanya,yee laa kalau bos balik lewat malam baru balik besoknya out station.tapi kebanyakan in come, kira o.k juga tengok slip gaji cukup bulan hilang rasa penat.tapi kalau dah mewah tu ada pulak laa yang tak sedar diri,ia laa rasa senang sikit macam macam dugaan ! dengan kad kredit,hutang sana sini tukar kereta besar sikit,kalau yang dah kawin tu sekandel sana sini(kebanyakan sangkut dengan perempuan dari indon)kalau guna handfon ada 2-3 buah tuu...(mesti ada apa-apa)bahaya tu.. masa kat luar rumah terlalu panjang,tapi bukan semua .maklum kita orang ni licence full,dah biasa balik rumah lewat ada yang selalu out sation kena kerja hari minggu jadi !! ianya satu kelebihan untuk nak pasang 1 lagi hee..hee macam biasa... tak semua. katagori driver berbeza semacam ada kelompok kelompok contohnya driver kerajaan dan keduaan,yang ni aku anggap grop driver ni berlagak sikit(aku tahu dia orang ni gaji tak seberapa) nampak macam bugus jee,jarang bergaul driver yang lain(sewasta)tak tahu laa mungkin bos dia orang tak bagi bergaul,mungkin takut nanti ada kebocoran rahsia kerajaan yaa...mungkin!! sebab hubungan mana-mana bos dengan driver selalu rapat.Berbeza dengan driver jepun atau koriea(aku pun driver jepun juga)aku rasa kita orang lebih friendly tarak sombong punya.... kami kerap berjumpa dipusat bandar waktu bos ada dinner atau hujung minggu di golf-golf kelab.bekerja syarikat asing kebanyakan menjadi pilihan driver di KL sebab boleh buat duit lebih sikit,sebab over time nya lain macam sikit kira berbaloi,malam berjaga ada sampai 2,3pagi lepas tu sampai rumah jam berapa? sendiri mau ingat !!besoknya stanby macam biasa 7.00 pagi-8.00 kadang kadang dia orang(bos) ni kerja macam robot ,dengan driver pun dah jadi robot rasanya manakan tidak timeming tidur,waktu makan dah lari,banyak masa duduk dalam kereta dari duduk di rumah,tapi dia orang ni kebanyakan ok,paham kita penat atau tak cukup tidur.ada majikan yang sedikan bilik khas untuk driver keadaann selesa untuk berehat.kebanyakan driver bergantung pada nasib,sebab bos bos ni macam perngai ada yang sangat baik,tapi bini bos pulak masalah kadang semua ok,syarikat pulak tak berapa bagus asyik kata takde untung ajee..,ada juga kawan saya sudah pun menunaikan haji di mekah dari duit poket bos dia tapi lebih menyentuh perasaan aku bos dia bukan muslim,dia berbangsa cina !! aku sendiri tengok cek yang bos dia bagi,masa tu naik bulu roma aku rasa macam tak percaya !!kadang kadang aku rasa sedih laa..tengok,terutama orang-orang melayu yang dah kaya raya,yang ada driver ni...pergi haji entah berapa kali dia pergi,yang driver ni(pada yang muslim)usahkan pelawa pergi haji,umrah pun tak dipelawa.banyak sudah saya dengar kerja sama bos melayu(orang kita)selalu ada masalah-kadang kadang satu keluara dia tak boleh pakai....berlagak lebih macam dia boleh hidup selamanya dah tu budi bahasa kurang,selalu membeza beza darjat manusia.berbeza dengan contohnya bangsa jepun,dibibir mereka tak lengkang dengan perkataan arigato(terima kasih)atau thank you.ada diantara mereka memahami budaya kita orang islam tentang waktu sembahyang kita terutama dihari jumaat dan di bulan puasa kadang kala bergantung pada driver itu sendiri macam mana nak bagi tahu keadaan disini mungkin berbeza dengan negara mereka,begitu juga dari segi bahasa kebanyakan menggunakan bahasa inggeris kita orang driver ni bukan sekolah tinggi sangat, sikit-sikit kalau nak bertutur dalam bahasa inggeris sebab nak cari makan, yang bangsa asing ni(selain orang puteh)bahasa inggeris mereka pun tak bagus mana pangkat besar,ada yang bagus tu..memang fasih sungguh,pernah aku dengar cerita driver keliru tentang kepahaman bahasa dalam lorat jepun,ada satu malam tu habis dinner lewat malam ada seorang bos berbangasa jepun pertama kali sampai malaysia apa masuk kedalam kereta lalu berkata o.k ! gom bak(go back/atau balik rumah)yang driver ni ingat pergi gombak,sampai di gombak driver pun kejutkan bosnya yang tertidur,untuk memastikan bos nak turun dimana dengan terperanjat bos berkata not here..berkali sambil berkata go back my home...my home laaa...yang driver ni ingatkan pergi gombak bunyi cakapnya macam suruh pergi gombak jeee,banyak lagi cerita kelakar tentang driver ni,ada juga cerita macam ni masa nak ambil bos diloby hotel bos bos ni bersembang dengan kawan kawan dia maklum kejap lagi driver dia datang ambil,sampai sahaja driver diloby hotel dengan kereta mewah bosnya membuka pintu lalu campakan begnya lalu ditutup kembali sambil bersembang lagi dengan kawannya tadi kembali mungkin bisnes juta juta agaknya dengan sepontan drivernya berlalu,tampa mengetahui dalam kereta tu yang ada hanya beg bosnya aje...bos dan kawan kawannya tengok sesama sendiri,driver tadi pun hairan kenapa bosnya senyap aje...dalam perjalanan balik,ditolehnya kebalakang alamak laaa...bosnya tak ada...daaa....mampus aku kata driver tu.ada juga bos salah kereta,kebanyakan kereta bos seakan-akan sama jee..aku sendiri, pernah kawan-kawan gelak sampai pecah perut,apakan tidaknya sewaktu awal pagi bos hendak ke satu kelab glof,menggunakan jalan sama aku balik rumah,tapi transpot aku balik ialah motor ajee...sebab nak jimat sikit tak larat nak guna kereta dengan minyak petrol dan toll yang mahal,dalam perjalanan tu mesti bayar toll,kereta bos aku gunakan smart tag,tiba-tiba bos berkata you are ready pas toll( kalau aku tak silap laa...)aku pun heran,apa pasal lak ni bos nak suruh ikut jalan lain ke ! laaa...baru aku ingat smart tag tak berbunyi apa bila melepasi toll tadi, rupa rupanya aku lalu sebelah deretan toll,maksud aku ialah aku pergi ke laluan motor laa...macam mana la..aku tak perasan ni....(heran jugak jalan motor tu sempit aje,tapi kereta lepas)ialaaa aku dok fikir nak balik jee..masa aku cerita kat kawan aku,ada antara meraka rupanya ada pengalaman sama macam aku saja tak nak cerita,takut malu !

AIRMATA RASULULLAH SAW...

1 ulasan

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?' 'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. 'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. 'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. 'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. 'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi. 'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?' 'Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.' Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. 'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?' Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. 'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi. 'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.' Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku' 'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.' Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. 'Ummatii,ummatii,ummatiii?' - 'Umatku, umatku, umatku' Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.